Saturday, August 29, 2015

SUBJEK EKONOMI ASAS PENTING?


Kehidupan seharian kita saling berkait rapat antara satu sama lain dengan ekonomi, malah dalam dunia pekerjaan ataupun pembangunan sesebuah negara. Kita tidak akan terlepas daripada permasalahan ekonomi seperti masalah asas atau masalah ekonomi itu sendiri. Mempunyai asas pengetahuan dalam ilmu ekonomi mampu menjadikan seseorang itu lebih peka terhadap isu semasa, masalah ekonomi negara dan mengelak daripada penipuan jual beli barang, perniagaan atau sebagainya.
Untuk pengetahuan pelajar, selain daripada subjek Perakaunan, Matematik, Perdagangan, subjek Ekonomi Asas adalah satu faktor atau kunci kejayaan jika ingin menceburi bidang perniagaan, perbankan ataupun akauntan. Ini kerana keempat-empat subjek ini saling berkait rapat antara satu sama lain.

Antara prospek kerjaya dalam bidang ekonomi:
·        Ahli dan Pakar Ekonomi
·        Perancang dan Penasihat Kewangan
·        Akauntan
·        Ahli, Pengurus dan Pengarah Syarikat Perniagaan





SUSAH ATAU SENANG?
Kalau belajar senanglah, kalau tak belajar susah lah.” Ini ayat yang seringkali kita dengar sama ada di kelas, sekolah ataupun universiti. Setiap orang mempunyai cara yang  tersendiri untuk menguasai sesuatu subjek. Tetapi masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam subjek Ekonomi Asas ini adalah:

1)    Sukar memahami konsep yang di ajar
Menganggap subjek ini sebagai subjek elektif dan tidak wajib lulus SPM membuatkan pelajar tidak peka dan tidak fokus ketika proses pengajaran. Mustahil untuk menguasai subjek ini dalam masa yang singkat bagi pelajar yang rutinnya “study last minit”.

2)    Kurang Latih-Tubi
Rahsia untuk menguasai subjek ini adalah dengan membuat latihan dengan banyak. Kesan positifnya pelajar mampu menjawab soalan peperiksaan dari segi pemahaman dan penghayatan. Bukan sekadar mengingat tapi tidak faham,

3)    Tidak faham kehendak soalan
Gagal atau tidak faham kehendak soalan akan menyukarkan pelajar. Soalan yang senang boleh menjadi sukar jika pelajar tidak meneliti satu persatu soalan yang diberikan.  Contohnya berikan faktor perubahan permintaan?. Bagi pelajar yang tidak faham mereka akan memberikan faktor yang mempengaruhi kuantiti permintaan. Perubahan permintaan dan perubahan kuantiti permintaan mempunyai faktor yang berbeza.

Ikuti Blog dalam siri berikut untuk perincian dan nota Subjek Ekonomi Asas yang lebih lanjut. Sila tinggalkan pandangan atau cadangan di ruangan komen. Semoga entri kali ini membantu anda semua =)

2 comments:

  1. Harrah's Atlantic City Casino & Hotel Map - MapyRO
    Find Harrah's Atlantic City 출장샵 Casino & Hotel 여주 출장안마 locations, rates, amenities: expert Atlantic 상주 출장마사지 City research, only at Hotel and Travel 성남 출장샵 Index. 서울특별 출장마사지

    ReplyDelete