Kehidupan seharian kita saling berkait rapat antara
satu sama lain dengan ekonomi, malah dalam dunia pekerjaan ataupun pembangunan
sesebuah negara. Kita tidak akan terlepas daripada permasalahan ekonomi seperti
masalah asas atau masalah ekonomi itu sendiri. Mempunyai
asas pengetahuan dalam ilmu ekonomi mampu menjadikan seseorang itu lebih peka
terhadap isu semasa, masalah ekonomi negara dan mengelak daripada penipuan jual
beli barang, perniagaan atau sebagainya.
Untuk pengetahuan pelajar, selain daripada subjek
Perakaunan, Matematik, Perdagangan, subjek Ekonomi
Asas adalah satu faktor atau kunci
kejayaan jika ingin menceburi bidang perniagaan, perbankan ataupun akauntan. Ini
kerana keempat-empat subjek ini saling berkait rapat antara satu sama lain.
Antara prospek kerjaya dalam bidang ekonomi:
·
Ahli dan Pakar
Ekonomi
·
Perancang dan
Penasihat Kewangan
·
Akauntan
·
Ahli, Pengurus
dan Pengarah Syarikat Perniagaan
SUSAH ATAU
SENANG?
“Kalau
belajar senanglah, kalau tak belajar susah lah.” Ini ayat yang seringkali
kita dengar sama ada di kelas, sekolah ataupun universiti. Setiap orang
mempunyai cara yang tersendiri untuk
menguasai sesuatu subjek. Tetapi masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam
subjek Ekonomi Asas ini adalah:
1)
Sukar memahami
konsep yang di ajar
Menganggap subjek ini sebagai subjek elektif dan
tidak wajib lulus SPM membuatkan pelajar tidak
peka dan tidak fokus ketika
proses pengajaran. Mustahil untuk menguasai subjek ini dalam masa yang singkat
bagi pelajar yang rutinnya “study last minit”.
2)
Kurang
Latih-Tubi
Rahsia untuk menguasai subjek ini adalah dengan membuat latihan dengan banyak. Kesan
positifnya pelajar mampu menjawab
soalan peperiksaan dari segi pemahaman dan penghayatan. Bukan sekadar mengingat
tapi tidak faham,
3)
Tidak faham
kehendak soalan
Gagal atau tidak faham kehendak soalan akan
menyukarkan pelajar. Soalan yang senang boleh menjadi sukar jika pelajar tidak
meneliti satu persatu soalan yang diberikan.
Contohnya berikan faktor perubahan permintaan?. Bagi pelajar yang tidak
faham mereka akan memberikan faktor yang mempengaruhi kuantiti permintaan. Perubahan permintaan dan perubahan kuantiti
permintaan mempunyai faktor yang berbeza.
Ikuti Blog dalam siri berikut untuk perincian dan nota Subjek Ekonomi Asas yang
lebih lanjut. Sila tinggalkan pandangan atau cadangan di ruangan komen. Semoga
entri kali ini membantu anda semua =)